THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

NurLaila........

NurLaila........
HATI KASIH... "kasih yang SATU, satu yang Dia, Dia yang Maha Pengasih,, moga dikuatkan HATI..

Wednesday, July 22, 2009

KREATIVITI DALAM SENI VISUAL


BILA ADA MASALAH… TERDAPAT PENYELESAIAN…
Jommm Kongsi2 Bersama…Masalah OHHH Masalah…

“Masalah” merupakan satu perkara atau suatu situasi yang paling digeruni oleh setiap manusia, Namun hakikatnya selagi kita bergelar manusia di Bumi ALLAH ini, masalah itu akan hadir dalam kehidupan setiap manusia, malah menjadi kewajipan masalah itu terhadap manusia. suatu masalah amat merumitkan dan menyakitkan, tetapi bak kata pepatah seberat mana pun masalah yang dihadapi pasti boleh diselesaikan. Kadang-kadang proses penyelesaian masalah itu memakan masa untuk diselesaikan, malah ada yang memakan diri jika ianya diselesaikan dengan cara yang negatif @ tidak betul, Contohlah masalah mengenai kehidupan, kehidupan ini bagaikan roda, kadang-kadang kita di bawah, kadang-kadang kita di atas. Jika kita memikirkan kehidupan tidak luak untuk difikirkan, ada sahaja masalah yang datang menimpa diri kita.

Dari perspektif masalah kehidupan, banyak hal dan perkara yang perlu difikirkan, kadang-kadang membuatkan kita lali dengan masalah itu semua, ia seolah-olah datang secara sama berulangkali. Kehidupan ini terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi, tidak kiralah dugaan itu menyedihkan atau mengembirakan. Sebab itulah setiap “masalah” ada “nilai” yang kita tak nampak, jadi kita tak perlulah takut akan masalah, hidup kita sebenarnya tak sempurna tanpa masalah. Untuk apa masalah di ciptakan, tak lain tak bukan untuk membina jalan penyelesaian yang terbaik. Pepatah lama ni kadang-kadang berguna juga “Sesat bertanya sesat jalan”. Jadi, kalau ada masalah bertanya lah pada mereka yang arif. Berlajar masalah disamping berlajar ilmu baru setiap masa InsyALLAH akhirnya pasti ALLAH tunjukkan jalan.

Kita dilahirkan di dunia ini dan kadang-kadang “sengaja” diberi masalah oleh ALLAH. Bukan APer kan, atas tujuan untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. “Orang yang tak pernah ada masalah ialah bukan manusia”. Bagi saya, masalah itu membuka peluang baru…Bukan itu saje menghadapi “masalah” juga merupakan syarat untuk mematangkan tindakan dan diri kita. Tapi ada juga dalam kalangan kita yang ingin lari dari menyelesaikan masalah itu, padahal yang penting sekali kita harungi masalah itu dengan bijaksana. Proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah inilah yang membuatkan kita menjadi hebat dalam sesuatu bidang. Contohnya bakal pendidik yang mengambil program @ krusus (AT23) Pendidikan Seni ini. Sebut aje krusus ini fuh!! amat memeritkan dan meletihkan, terutamanya di bahagian studio bak kata tak tido malam lah…”Berat mata memandang Berat lagi bahu yang memikulnya” :-). Mana tak nye kerjanya yang berlambak2 memang memberi masalah kepada kekawan sume termasuklah saya sendiri. Tapi..sume kerja studio ini memberi faedah juga kepada saya n kekawan sume ni, mana tak ye tak pasal2 kita pandai n kreatif buat batik, anyaman, tenunan, tembikar, mengukir kayu, malah inovatif gitu bila kita pandai reka sesuatu, contohnya lah bila kita ambik Reka Bentuk industry, Landskap n ID. Kekadang tu memang best r juga sebab melukis pom jadi pandai..:-p .

”Masalah”, masalah juga kan kadang-kadang kita kena bergumbira juga untuk melepaskan tension, biasalah bila bergelar seorang pelajar @ mahasiswa, sudah menjadi adat untuk cenderung ke arah masalah. TAPI INGAT mesti harungi masalah itu dengan betul & bijaksana… peace no war,.

P/S : Masalah boleh di ubati, tapi ia selalu hadir & kerap datang dalam hidup kita. So....memang memberi Masalah lah..

Ok Renung2 kan lah…….
Okeh, jumpa lagi…
Caucincau..